Hari sabtu pagi tu bangun je dari tido terus kemas rumah dan siapkan kelengkapan anak-anak untuk ke sekolah dan buat apa yang tercapai dek akal. Then bila dah kul 10 pagi terus Mr hubby antar ummi ke KLIA dan sebelum tu singgah di perhentian Nilai untuk breakfast.
Kemudian ummi jumpa kakak ummi, Kak Ros di departure gate kat atas terus salam2 ngan anak buah dan a.ipar. Lepas tu terus je check in di kaunter MAS dan terus je mr hubby suruh masuk cox dia rimas kot cox anak-anak dah merengek nak ikut. Ummi terus je peluk cium peluk cium dan peluk cium ngan anak-anak pastu terus ajak Kak ros masuk ke bahagian pelepasan dan bila melepasi imigresen terus bye2 anak2 dan mr hubby yang masih menjenguk di tingkat atas, masa ni ummi dah rasa sebak2 dah tapi semangat teruja lebih banyak lagi so releks je lah.
Dalam kul 1.10 dah masuk ke dalam flight tapi lebih kurang kul 2 jugak baru bertolak dan sampai kat Bandung lebih kurang puluh 4 lebih tapi kat sana lewat 1 jam dari masa kita. Sampai je Bapak Hery yang mr hubby arrange dah tunggu dan terus ummi suruh bwk ke hotel Aston Tropicana Bandung untuk check in dan berehat kejap..
Lebih kurang kul 7 malam kami terus pergi jalan-jalan ke Rumah Mode, makan dan shopping dan lepas tu singgah pulak di Donatello, beli kasut dan beli FM dari penjual tepi jalan yang suka memaksa dan meletakkan harga yang tinggi tapi kena pandai tawar pastu kalu kita beli ngan orang ni orang lain pulak datang dan paksa2 lagi suh beli yang dia jual (tensen beb) dan kat sini baru lah ummi dapat cari sim kad untuk h/phone ummi. Satu hari suntuk ummi cari simkad tapi cox bahasa diorang ni lain so malam baru jumpa lepas masalah pulak nak call ke Malaysia kena masukkan kod-kod pulak...aduh pitam ummi camnii...
Lepas ke Donatello kami bergerak ke FO Zahara dan kemudian kami bersiar-siar melihat suasana malam di Bandung...
Hari kedua pagi-pagi lagi lepas breakfast terus ke Pasar Baharu dan kami berada kat sana dari Pasar dibuka hingga pasar sudah dekat nak ditutup tu pun sebab ummi dah nyaris-nyaris pitam cox mungkin terlalu penat dan campur lambat makan. Lepas dari seharian di Pasar Baharu, kami balik berehat di hotel dan kemas2 barang. Dalam kul 8 kami ke Restoran Sunda di hadapan hotel kami untuk makan malam dan makanan kat sana superb tapi ummi tak leh pulak nak telan air Alpukat yang ummi selalu baca kat blog2 kata air tu sedap....
Satu-satunya gambar di Pasar Baharu walaupun satu hari suntuk kat sana (hilang ingatan jap)
Ingat lepas makan nak gi outlet lagi tapi kebanyakan dah tutup pada kul 9 malam so tak sempat dah. jadi malam tu kami kemaskan barang je dan tido awal...
Hari ketiga iaitu pagi isnin, kami check in awal lam kul 8 pagi macam tu selepas g breakfast dulu
dan kemudian kami terus mengajak supir kami ke Tambunan Parahu iaitu gunung berapi tak aktif untuk berjalan-jalan. Kata Kak Ros kalau dah berada di Bandung mesti kena pergi ke Tambunan Parahu so layan je lah....
di pintu hotelGambar di bawah adalah di Tambunan Parahu, sampai je kat sana, wah sejuk gilerr sampai mengigil di buatnya dan pemandangan amat cantik sekali tapi yang buat tak best nya bila penjaja2 yang sentiasa mengikut kita dan tak akan berganjak selagi kita tak beli barang yang diorang bawak (waktu ni rasa nak maki hamun je) so kami kat sana tak sampai satu jam pun cox dah rimas sangat...
di gerai sekitar Tambunan Parahu....Selepas itu kami singgah di Paris Van Java dan jalan-jalan shopping-shopping makan dan kemudian cukup masa kami suruh supir kami Bapak Hery bawak kami ke Aiport dan sebelum tu sempat singgah tepi jalan beli kain batik dan pelekat Indonesia..
flight yang kami naikiWaktu check in kat kaunter Mas, beg kami dan terlebih muatan so kena caj lam 480,000 rupiah, banyak tu beb tp kongsi bayar la ngan Kak Ros. Airport tax pulak bayar asing kat imigresen Indonesia lam 75,000 rupiah sorang.
Flight kami bertolak awal lam kul 3.10 ptg dan kami sampai di KLIA jam 6.20 ptg so overall trip kami sudah tamat dan ummi sangat seronok sekali walaupun selalu teringat kat anak2 tapi oleh kerana mereka berada di bawah jagaan abah mereka so tkde la rungsing sangat..
Ummi harap lepas ni ummi dapat tajaan lagi dari yang tersayang tapi lain kali ummi nak pergi dengan anak-anak sekali..Bye
























0 comments:
Post a Comment